Halaman

Translate

Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan

Ahad, 28 Julai 2024

Puisi Nizar Qabbani — Adakah Ini Satu Petanda ?



هل هذه علامة

لم أتأكد بعد، يا سيدتي، من أنت
هل أنت أنثاي التي انتظرتها 
أم دمية قتلت فيها الوقت
لم أتأكد بعد، يا سيدتي
فأنت في فكري اذا فكرت
وأنت في دفاتري الزرقاء
إن كتبت
وأنت في حقيبتي..
إذا أنا سافرت
وأنت في تأشيرة الدخول
في ابتسامة المضيفة الخضراء
في الغيم الذي يتلف كالذراع..
حول الطائرة


Adakah ini satu petanda ?

Kini aku tidak dapat pastikan, wahai perempuanku, siapakah kamu
adakah kamu wanitaku yang sedang aku tunggukan? 
atau boneka yang telah aku bunuh pada suatu ketika dulu
kini tidak dapat aku pastikan, wahai perempuanku
kamu sentiasa dalam fikiranku saat aku memikirkanmu
kamulah yang berada dalam buku catatanku yang biru
saat aku menulis
kaulah yang berada dalam begku
apabila aku ingin berjalan
kaulah dalam visaku
dan kaulah pramugari berpakaian hijau yang tersenyum 
pada ketika mendung kau melingkarku seperti lengan
di sepanjang perjalanan dalam pesawat

Nizar Qabbani

Khamis, 25 Julai 2024

Puisi Nizar Qabbani — Katakanlah "Aku Mencintaimu"

 


قولي أحبك كي تزيد قداستي
ويصير شعري في الهوى انجيلا
سأغير التقويم لو احببتني
امحو فصولا او اضيف فصولا
وسينتهي العصر القديم على يدي
واقيم مملكة النساء بديلا
قولي احبك كي تصير قصائدي
مائية... وكتابتي تنزيلا
ملك انا... لو تصبحين حبيبتي
اغزو الشموس مراكبا وخيولا
لا تخجلي مني... فهذي فرصتي
لاكون ربا... او اكون رسولا

Katakanlah " aku mencintaimu " supaya bertambah kesucianku
dan syair cintaku menjadi injil
akan kuubah kalendar kalau kau mencintaiku
akan kuhapus semua musim atau mungkin akan kutambah beberapa musim
masa lalu akan berakhir di tanganku
akan kudirikan kerajaan para wanita sebagai gantinya
katakanlah "aku mencintaimu" supaya puisi-puisiku menjadi
air dan tulisanku menjadi titisan
raja adalah aku, kalau kau menjadi kekasihku
akan kuburu matahari dengan tunggangan berkuda
jangan kau malu padaku, kerana inilah saja kesempatanku
untuk aku menjadi tuan atau menjadi utusan

Nizar Qabbani

Rabu, 24 Julai 2024

Pendapat Syaikh Kholil Bangkalan Mengenai Rokok

 

foto Kiyai Mahrus Ali Lirboyo 




Pendapat Syaikh kholil Bangkalan tentang Rokok

ﻭَﻣَﻦْ ﺣَﺮَّﻡَ ﺍﻟﺪُّﺧَﺎﻥَ ﺟَﻬْﻠًﺎ ﻓَﻘُﻞ ﻟَﻪُ *
ﺑِﺄَﻱِّ ﺩَﻟِﻴْﻞٍ ﺃﻡْ ﺑِﺄﻱِّ ﺷَﺮِﻳْﻌَﺔِ
Barangsiapa mengharamkan rokok karena kebodohannya,
Maka katakan padanya "dengan dalil apa atau dengan peraturan mana "?
ﻭﻟَﻴْﺲَ ﺑِﻬَﺎ ﺳُﻜْﺮٌ ﻭَﻻَ ﺍﻟﻠﻪ ﺫَﻣَّﻬﺎ *
ﻓَﻘَﻮْﻟُﻚَ ﺑِﺎﻟﺘَّﺤْﺮﻳْﻢِ ﻣِﻦْ ﺃﻱِّ ﻭِﺟْﻬَﺔِ
Sedangkan, merokok tidak memabukkan, dan Allah tidak mencelanya,
Maka pendapatmu tentang haramnya rokok, dari jalan mana dalilnya ?
ﻭﻻ ﺍﻷَﻧْﺒِﻴَﺎ ﻋَﻨْﻬَﺎ ﻧَﻬَﻮﺍ ﻗَﻂُّ ﺍُﻣَّﺔً *
ﻭَﻻَ ﺍﻟْﻌُﻠَﻤَﺎ ﻛَﻠَّﺎ ﻭَﻻ ﺃﻫْﻞُ ﻗِﺒْﻠَﺔِ
Tidak ada seorangpun dari para Nabi yang melarang umatnya, dan juga para Ulama' dan orang yang ahli kiblat .
ﻭَﻣَﺎ ﻫِﻲَ ﺇِﻟَّﺎ ﻣِﻦْ ﻣُﺒَﺎﺣَﺎﺕِ ﺭَﺑِّﻨَﺎ *
ﻭَﻛُﻞُّ ﻣُﺒَﺎﺡٍ ﺟَﺎﺋِﺰٌ ﻓِﻲ ﺷَﺮِﻳْﻌَﺔِ
Dan bukanlah rokok itu, kecuali termasuk kemubahan dari Tuhan kita,
Dan setiap hukum mubah, adalah boleh dilakukan dalam syari'at .

Syair Syaikh Kholil Bangkalan Tentang Hukum Merokok

Diwan Shams Tabrizi Karya Maulana Jalalludin Rumi





I. Diwan Shams Tabrizi - Maulana Jalalludin Rumi

Apa alasan yang kamu akan berikan wahai hati, atas banyaknya kekurangan? Keteguhan sedemikian pada diri Kekasih, ketidaksetiaan itu sendiri!

Begitu banyak kemurahan hati di sisinya, di sisi kamu adalah keterbalikan yang menjijikkan! semakin banyak rahmat daripadanya, semakin banyak kesalahan yang dilakukan oleh kamu!

Iri hati seperti itu, khayalan yang jahat dan fikiran yang gelap di dalam hatimu, lukisan seperti itu, rasa seperti itu, kebesaran olehnya!

Mengapa semua rasa ini? Agar jiwamu yang pahit menjadi manis. Kenapa semua lukisan ini? Supaya kamu boleh menyertai kumpulan orang-orang kudus.

Kamu bertaubat daripada dosa-dosamu, kamu mempunyai nama Tuhan di bibirmu; pada saat itu Dia menarik kamu, supaya Dia menyelamatkan kamu hidup-hidup.

Kamu takut pada akhirnya kesalahan kamu, kamu mencari jalan untuk keselamatan; pada saat itu mengapa kamu tidak melihat di sisi kamu dia yang meletakkan ketakutan sedemikian ke dalam hati kamu?

Jika dia telah menutup mata kamu, kamu seperti kerikil di tangannya; dia menggulung kamu seperti ini, kemudian dia melemparkan kamu ke udara.

Dialah yang menanamkan dalam sifat kamu keghairahan terhadap perak, emas dan wanita; dia juga yang menanamkan dalam jiwamu cahaya bentuk Mustafa.

Di sebelah ini menarik kamu ke arah yang indah, di sebelah itu menarik kamu kepada yang tidak disayangi; di tengah-tengah pusaran air ini kapal hanya boleh melalui atau bertahan.

Banyakkan berdoa, menangislah dengan sangat banyak pada tengah malam, agar gema itu sampai ke telingamu dari tujuh petala langit.

Ketika rintihan, ratapan dan air mata Shu'aib seperti hujan ais yang melampaui batas, pada waktu pagi datanglah berita kepadanya dari langit:

“Jika kamu seorang yang berdosa, sesungguhnya Aku telah mengampuni kamu dan mengampuni dosa kamu. Adakah syurga yang kamu cari? Sesungguhnya, Aku telah memberikannya kepadamu; sekarang diamlah, dan hentikan permohonan ini!”

Shu‘aib menjawab, “aku tidak mencari ini atau itu. Apa yang saya inginkan adalah untuk melihat Tuhan muka dengan muka; walaupun tujuh lautan semuanya berubah menjadi api,

aku akan terjun ke dalamnya sekiranya itulah cara agar dapat aku berjumpa dengan-Nya.

Tetapi jika aku dibuang dari penglihatan itu, jika mata aku yang berlumuran air mata tertutup terhadap penglihatan itu, aku lebih layak untuk tinggal di dalam api neraka; syurga menjadi tidak layak buat diriku.

Tanpa wajahNya, syurga bagiku adalah neraka yang dibenci. Aku termakan oleh warna dan bau kematian ini; di manakah kemegahan cahaya keabadian?”

Mereka berkata, "Sekurang-kurangnya hentikan tangismu, supaya penglihatanmu tidak berkurang, kerana mata menjadi buta apabila tangisan itu melampaui batas."

Dia berkata, “Sekiranya kedua mataku pada akhirnya melihat selepas itu, setiap bahagian diriku akan menjadi mata: maka mengapa aku harus bersedih kerana buta?

Tetapi jika pada akhirnya mata aku ini akan dirampas selama-lamanya, biarlah penglihatan itu menjadi buta yang tidak layak untuk melihat Kekasih!”

Di dunia ini, setiap lelaki akan menjadi tebusan untuk kekasihnya; kekasih seorang lelaki adalah kantung darah, yang lain adalah matahari dalam kemegahan.

Oleh kerana setiap lelaki telah memilih yang dikasihi, baik atau buruk, sesuai dengan sifatnya sendiri, sayang sekali jika kita harus memusnahkan diri kita demi yang bukan apa-apanya!

Pada suatu hari seorang pengembara sedang menemani Ba Yazid di jalan tertentu. Kemudian Ba ​​Yazid berkata kepadanya, "Perdagangan apa yang telah kamu pilih, wahai penyangak?"

Lelaki itu menjawab, "aku seorang pemandu keldai." Ba Yazid berseru, “Pergilah dariku! — Tuhanku, izinkan keledainya mati, supaya dia dapat menjadi hamba Tuhan!”

Isnin, 22 Julai 2024

Katakanlah "Aku Mencintaimu" - Nizar Qabbani




قولي أحبك

قولي أحبك كي تزيد وسامتي
فبغير حبك لا أكون جميلا
قولي أحبك كي تصير أصابعي
ذهبا ... وتصبح جبهتي قنديلا
قولي أحبك كي يتم تحولي
فأصير قمحا، أو أصير نخيلا
الآن قوليها، ولا تترددي
بعض الهوى لا يقبل التأجيلا

Katakan "Aku Mencintaimu"

Katakanlah "aku mencintaimu" agar tampilanku semakin menarik
tanpa cintamu aku tidak dapat menjadi tampan
katakanlah "aku mencintaimu" agar jari-jemariku
menjelma emas ... dan dahiku menjadi lilin
katakanlah "aku mencintaimu" agar aku tidak berubah 
atau aku akan menjadi gandum, atau pun kurma
sekarang katakanlah ia, janganlah kau ragu
sebahagian dari perasaan cinta tidak menerima yang namanya penundaan.

Nizar Qabbani

Selasa, 16 Julai 2024

Puisi Nizar Qabbani




ربما أكون
مشاغبا، أو فوضوي الفكر
أو مجنونا
إن كنت مجنونا — وهذا ممكن—
فأنت يا سيدتي
مسؤولة عن ذلك الجنون
أو كنت ماعونا — وهذا ممكن —
فكل من يمارس الحب بلا إجازة
في العالم الثالث
يا سيدتي، ملعون
فسامحني مرة واحدة
إذا أنا خرجت عن حرفية القانون
فما الذي أصنع يا ريحانتي
إن كان كل امرأة أحببتها
صارت هي القانون

Barangkali aku 
mulai dungu atau fikiran yang tidak menentu
atau gila 
jika aku sudah gila — itu boleh jadi —
kamu pula, wahai puanku
bertanggungjawab tentang kegilaanku
atau aku sudah dicela — itu juga boleh jadi — 
setiap orang yang mencintai tanpa izin
pada alam yang ketiga
wahai puanku, orang itu akan dicela
oleh itu, maafkan aku sekali lagi
apabila aku keluar daripada penderitaan ini
apakah yang boleh aku buat wahai wangian kegemaranku
jika aku mencintai semua perempuan 
semua perempuan itu akan terseksa

Nizar Qabbani