Halaman

Translate

Khamis, 25 Januari 2024

Sanad Salawat Nariyah

Salawat Nariyah / Tafrijiyyah

نحمده ونصلي على رسوله الكريم، أما بعد

Faidah

Dan setengah daripada salawat yang mujarrabah itu salawat tafrijiah dan dikatakan salawat nariyah. Dibangsakan salawat  ini kepada Zain Al 'Abidin yaitu 'Ali bin Al Husain bin 'Ali bin Abi Talib radiyallahu 'anhu. Maka salawat ini sangat banyak khasiatnya. Kata Imam Ad Dainuri barangsiapa membaca salawat ini tiap tiap lepas sembahyang sebelas kali dijadikan dia wirid nescaya tiada berputusan rezekinya dan mencapai ia akan martabat yang tinggi dan barangsiapa mengekali membaca akan dia tiap-tiap lepas sembahyang subuh tiap-tiap hari empat puluh satu kali nescaya mencapai ia akan kehendaknya dan barangsiapa mengekali membaca akan dia tiap-tiap hari seratus kali nescaya hasil matlubnya lebih daripada kehendaknya dan barangsiapa mengekali membaca akan dia tiap-tiap hari tiga ratus tiga belas kali bagi membukakan rahsia nescaya melihat ia akan yang dikehendak. Barangsiapa mengekali membaca akan dia tiap-tiap hari seribu kali nescaya mencapai ia akan barang yang tiada dapat mensifat akan dia oleh orang yang mensifat daripada barang yang tiada melihat oleh mata dan tiada mendengar oleh telinga dan tiada terlintas pada hati.

Kata Imam Al Qurtubi barangsiapa mengekali atas salawat ini tiap-tiap hari empat puluh satu kali atau seratus kali atau lebih nescaya diangkat oleh Allah Ta'ala akan dukacitanya dan mudaratnya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan baginya segala pintu kebajikan dan diluluskan perkataannya dan diaman akan dia daripada datangnya hawadis zaman dan daripada papa dan dicampakkan baginya kasih sekalian hati manusia akan dia dan menjayakan pintanya dan tiada hasil segala faidah ini melainkan dengan mengekali atasnya dan barangsiapa hendak menghasilkan suatu pekerjaan yang besar atau hendak menolakkan bala' yang datang maka hendaklah membaca akan salawat ini empat ribu empat ratus empat puluh empat kali dan mentawasul dengan Nabi yang mempunyai kemegahan yang besar dan minta doa ia nescaya dapat maksudnya insya Allah Ta'ala

Kata Sidi Muhammad Haqqi telah aku ajarkan salawat ini kepada perempuan yang telah buta matanya sudah dua puluh lima tahun maka membaca perempuan itu akan dia dengan sempurna bilangan yang tersebut itu di dalam lapan hari maka terbuka matanya والله على كل شيء قدير وبالاجابة جدير dan yaitu inilah salawatnya :


اللهم صل  صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج وتنال به الرغائب وحسن الخواتم ويستسقى الغمام بوجهه الكريم وعلى آله وصحبه في كل لمحة ونفس بعدد معلوم لك

Sumber : Kitab Lum'atul Aurad karangan Syaikh Wan Ali bin Abdul Rahman


Adapun sanad dan ijazah yang telah faqir dapatkan adalah seperti berikut :


سندي بالصلاة النارية

فاقول انا الفقير محمد عزمي بن أصلي النقشبندي المجددي غفر الله سبحانه ذنوبه وستر تعالى عيوبه، قد أخذت هذه الاجازة المباركة من سيدي وسندي الشيخ جلال الدين أحمد بن نورالدين الراوي الأماني الروحاني البازي النقشبندي المجددي حفظه الله تعالى، وهو عن الشيخ عزير بن محمد الصامسوني القادري حفظه الله تعالى، وهو عن الشيخ عبيد الله بن أحمد الأخضر القادري الحسيني حفظه الله تعالى، وهو عن أخيه الشيخ محمد القادري الحسيني، عن والدهما الشيخ أحمد الأخضر القادري الحسيني، عن الشيخ أحمد الشريف السنوسي، عن الشيخ المهدي السنوسي وأحمد الريفي، كلاهما، عن الإمام محمد علي السنوسي، عن محمد بن عبد السلام الناصري الدرعي، عن ابن عبد السلام بناني الفاسي، عن أبي سالم العياشي، عن أبو المهدي عيسى الثعالبي، عن العالم الحجة أبي عثمان سعيد بن ابراهيم الجزائري 'قدورة'، عن الإمام سعيد المقري، عن أحمد حجي، عن محمد الوهراني، عن قائلها الإمام العارف بالله سيدي أبو سالم ابراهيم بن محمد التازي الوهراني

"قدس الله تعالى اسرارهم"


سبحانك اللهم وبحمدك، أشهد أن لا اله الا انت، أستغفرك وأتوب إليك


Faqir lagi Haqir

 Azmye bin Asli 'ufiya 'anhu waliwalidaihi

Alamat : Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, 89008 Keningau, Sabah, Malaysia.



Tiada ulasan: