Halaman

Translate

Sabtu, 1 Jun 2024

Jalan menuju Wilayat kewalian selangkah demi selangkah susunan Pir Hazratji Maulana Syaikh Zulfiqar Ahmad An Naqshbandi Al Mujaddidi دامت بركاته

Jalan menuju Wilayat selangkah demi selangkah.

21 garis panduan untuk mendapatkan Wilayat (menjadi kekasih Allah) susunan Hazratji Pir Maulana Syaikh Zulfiqar Ahmad Naqshbandi Mujaddidi دامت بركاته

Dalam hati setiap muslim memiliki fitrah keinginan untuk menjadi Wali Allah (kekasih Allah), sama ada dia seorang yang kaya atau miskin, soleh atau pun pendosa. Tetapi kebanyakan dari mereka itu kurang pengetahuan tentang bagaimana caranya untuk menjadi Wali Allah apa yang harus diikuti untuk menjadi seorang Wali. Buku kecil ini mengandungi beberapa nasihat yang tidak ternilai daripada Hazratji yang dapat membantu seseorang untuk mendapatkan Wilayat.

1. Hendaklah sentiasa dalam keadaan berwudhu, supaya mudah untuknya melakukan solat nafil, membaca Al-Quran dan lain-lain dengan mudah. Jika ajal datang, orang tersebut boleh mati dalam keadaan berwudhu

2. Hendaklah sentiasa mengamalkan doa-doa masnunah mengikut keadaan-keadaan tertentu.

3. Hendaklah mengikut sunnah dalam rutin harian, seperti makan, tidur, memakai pakaian, masuk tandas dan lain-lain.

4. Beri perhatian khusus untuk menunaikan solat fardhu berjemaah, keluar rumah sedikit awal untuk solat berjemaah dan pulang dari masjid sedikit lambat ketika telah selesai mengerjakan solat.

5. Jadikan kebiasaan untuk melaksanakan solat Ishraq, Witir, Awwabin dan Tahajud

6. Sempurnakan makmulat (amal yang diperintah syaikh) seperti zikir, membaca Quran, muraqabah

7. Zahirkan kecintaan pada Allah dan memohon Mahabbat cinta darinya dengan bersungguh-sungguh

8. Beri perhatian pada azan sebaik saja mendengarnya dilaungkan dan hendaklah menjawab azan tersebut

9. Jadikan kebiasaan sentiasa mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar dengan kerap ketika berbicara

10. Anak muda hendaklah membiasakan diri untuk mengadakan puasa nafil (sunat) mingguan (isnin dan khamis) atau puasa nafil bulanan (13, 14, 15 bulan hijrah iaitu puasa pada hari-hari putih)

11. Kurangkan makan dan elakkan makan berlebihan. Makan sedikit menjadikan kamu sihat dan dapat menbangu dalam mengawal keinginan tubuh badan. Makan berlebihan akan membawa kepada kemalasan.

12. Membaca surah Yasin setelah Subuh, surah Al Fath setelah Zohor, surah An Naba setelah Asar, surah Al Waqi'ah setelah Maghrib, surah Alif Lam Mim Sajadah, surah Tabarak Al Mulk dan surah Ad Dukhan setelah solat Isya

13. Bersabarlah ketika dalam kesulitan dan bersyukurlah kepada Allah ketika dalam kesenangan.

14. Jangan menyakiti sesiapa dan hendaklah berazam kuat untuk tidak menyakiti sesiapa.

15. Maafkan semua orang dengan segera dan dengan keikhlasan sepenuh hati.

16. Berusaha keras untuk mengelakkan pandangan syaitani (kejahatan hawa nafsu)

17. Jangan fikirkan perkahwinan yang kedua, jika syaitan akan mendorong kamu ke dalam tabiat syaitan memandang dengan hawa nafsu.

18. Hindari daripada menggunakan telefon dan internet apabila tidak keperluan untuk menggunakannya.

19. Ridha dengan takdir Allah sama ada dalam keadaan baik atau buruk.

20. Dapatkan keridhaan ibubapa, ahli keluarga, guru-guru dan para masyaikh dengan berkhidmat untuk mereka.

21. Pandanglah orang yang pergi menunaikan haji atau umrah dengan pandangan cinta dan rindu. Minta kepada mereka untuk memasukkan nama kamu dalam doa-doa mereka.

Semoga Allah mengurniakan nur wilayat dan memasukkan kita ke dalam kalangan rakan-rakanNya pada hari akhirat.

*Telah siap diterjemahkan ke dalam bahasa melayu pada 24 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 1 Jun 2024 Masihi pukul 9:42 pagi di Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.



العبد الضعيف الفقير الحقير اللا شيء المسكين أومڤما دبو دتلافك كاكي ڤارا مشائخ
حضرة الفقير عزمي بن أصلي غفر الله ذنوبه وستر عيوبه


Tiada ulasan: