spirit, mystic, ghotic, horror face, black fire on full body, zhua ancient weapon, black magic, satanic, black hole power, bobohizan sabahan spiritual, kinorohingan
Rabu, 11 September 2024
Selasa, 3 September 2024
Diwan Imam As-Shafi'i — Lupakanlah Hari-Hari...
Sajak huruf hamzah
(1) Lupakanlah hari-hari..
Imam As-Shafi'i رضي الله عنه telah berkata sambil mengajak untuk menerima hukum sebuah Qadha ketetapan, tidak bimbang terhadap kesulitan yang mengikuti perubahan zaman dan tidak juga bimbang ketika mengalami pengasingan dan selalu tertinggal. Hadapilah ia dengan ketabahan sepertimana seorang lelaki yang berjiwa tegar supaya menjadi bukti penguat bahawa segala kesulitan itu adalah keadaan yang pasti akan berlalu juga sebagaimana segala suatu boleh berubah dan tidak kekal.
lupakanlah hari-hari yang kau boleh berbuat apa yang kau ingin, ubatlah hatimu apabila mendapat satu keputusan
janganlah kau takut terhadap apa yang akan berlaku pada waktu gelapnya malam, kerana masa kesusahan di dunia itu tiada yang kekal
jadilah seorang lelaki yang keras hati ketika menghadapi perkara yang menakutkan, dan hendaklah tabiatmu pemurah dan suka membalas kebaikan
jika terdapat aib-aib dalam dirimu, dan rahsiamu hendaklah kesemua itu ada penutupnya
hendaklah kau tutup dengan sifat murah hati maka semua aib, akan tertutup dengan kemurahan hati seperti yang telah dikatakan
janganlah kau harapkan kedermawanan dari orang bakhil, kerana mereka yang haus di dalam neraka tidak akan diberikan air
rezeki kau akan datang dalam keadaan tidak berkurang, tidak juga bertambah maka pada rezeki itu adanya kecukupan
kesedihan dan kegembiraan tiada pernah kekal, begitu juga kesusahan dan kesenangan hidup yang kau alami
apabila kau memiliki hati yang merasa cukup, maka kau dan raja di dunia ini adalah sama saja
orang yang mendapat pemberian pada satu tempat, tidak ada bumi dan langit yang dapat menakutkannya
dan bumi Allah itu luas tetapi, apabila turun satu keputusan menjadi sempit ruang angkasa
maka lupakanlah hari-harimu yang telah lalu pada sekalian waktu, kerana tiada ubat yang dapat menghindarkan kematian
Diwan Imam As-Shafi'i ini siap diterjemahkan oleh alfaqir Azmye bin Asli pada 25 Safar 1446 Hijrah, 18:02, Keningau, Sabah, Malaysia.
Diwan Imam As-Shafi'i — Syair Huruf Hamzah (2) Tidak Pernah Tersasar
(٢) لا تخطي
وقال رضي الله عنه ينهي عن إزدراء الدعاء :
أتهزأ بالدعاء وتزدريه ★ وما تدري بما صنع الدعاء
سهام الليل لا تخطي ولكن ★ لها أمد وللأمد انقضاء
(2) Tidak pernah tersasar
Imam As-Shafi'i telah berkata dengan melarang daripada menghina doa :
Adakah kau ingin mencemuh doa dan merasa terkedepan darinya, apakah kau tahu tentang apa yang doa boleh lakukan
Doa umpama anak panah malam yang tidak pernah tersasar bahkan, pada waktu malam ada satu sasaran dan bagi sasaran itu ada penerimaan doa.
Diwan Imam As-Shafi'i ini siap diterjemahan pada 29 Safar 1446 Hijrah, 20:59, Keningau, Sabah, Malaysia.
Channel Whatsapp "Irfaniyyat" :
https://whatsapp.com/channel/0029VaauGltFi8xhI3OoMn0g
Langgan:
Catatan (Atom)